Tuesday, April 08, 2008

JUAL BELI DUIT MALAYSIA

Setiap wang sama ada baru ataupun lama ada nilainya yang tersendiri. Nilai bukan sahaja nilai yang tertera di atas duit itu, tetapi bagi duit yang lama nilai juga bergantung kepada tempoh berapa lama ia telah dikeluarkan dan juga jenis duit itu.
Jika kita hendak membeli atau menjual duit, ada beberapa website yang boleh kita lawati. Di antaranya www.ebay.com , www.ebay.com.my atau pun www.lelong.com.my

Di website ini kita boleh membeli duit-duit lama yang kita tidak akan jumpa di pasaran sekarang.

Monday, April 07, 2008

DUIT SYILING KELUARAN 1967

Buat pertama kali Malaysia mengeluarkan duitnya sendiri pada 1967. Jenis dan kuantiti yang dikeluarkan bagi duit syiling adalah seperti berikut:-
1 sen = 45,000,000
5 sen = 75,464,000
10 sen = 106,708,000
20 sen = 49,560,000
50 sen = 15,000,000

DUIT MALAYSIA

Setiap negara mempunyai pecahan,jenis dan nilai duit mereka sendiri. Duit di Malaysia terbahagi kepada 2 iaitu Duit Kertas dan Duit Syiling.
Duit Kertas boleh didapati dengan nilai RM1 , RM2 , RM5 RM10, RM20, RM50,RM100,RM500 dan RM1000. Walau bagaimanapun sekarang hanya RM1,RM5,RM10,RM50 dan RM100 sahaja yang dikeluarkan.
Sementara itu duit syiling boleh didapati 1sen , 5sen, 10sen,20sen, 50sen dan RM1. Tetapi pengeluaran untuk duit 1sen dan RM1 telah dihentikan.

SEJARAH DUIT MALAYSIA

Setiap perkara yang telah berlaku dipanggil sejarah. Sejarah merupakan peninggalan lalu yang boleh dijadikan panduan atau pun sempadan. Hasil daripada peninggalan sejarah kita dapat tahu apa yang berlaku di sesuatu tempat pada suatu masa dahulu.
Di antara peninggalan sejarah yang kita boleh temui ialah Kota A'Famosa Di Melaka, Perigi Hang Tuah, Perigi Hang Li Po, Kota Johor Lama, Batu Bersurat Trengganu dan juga duit-duit lama.
Kalau kita kaji dan pelajari sejarah duit, setiap penjajahan yang berlaku di negara kita secara tidak langsung telah menggunakan duit masing-masing sebagai perantaraan untuk perniagaan semasa pemerintahan mereka.
Semasa pemerintahan Portugis 1511 , duit Portugis telah di bawa dan digunakan di Melaka.
Apabila Belanda mengambil alih, duit Belanda juga digunakan sebagai perantaraan.
Duit daripada negara Britain telah digunakan semasa Inggeris memerintah negara.
Duit Jepun telah digunakan semasa pendudukan Jepun 1941-1945.
Dengan pengumpulan duit-duit lama, kita dapat mengetahui bila dan berapa lama sesuatu kerajaan telah menjajah negara kita.
Selepas Merdeka pun negara kita masih menggunakan duit dibuat oleh Inggeris.
Kali pertama kita menggunakan duit kita sendiri adalah pada tahun 1967.

Sunday, April 06, 2008

Hobi

Setiap orang mempunyai kegemaran untuk melalukan sesuatu. Jika kegemaran ini digunakan dengan sebaik mungkin, ianya boleh memberikan banyak faedah bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga kepada orang lain. Di antara kegemaran atau hobi yang biasa kita dengar ialah membaca buku, menonton tv, bermain bola sepak, bermain badminton, bermain catur dan lain-lain lagi.
Hobi saya adalah mengumpulkan duit syiling dan wang kertas. Hobi ini telah membuatkan saya mengetahui banyak perkara dan sejarah tentang penghasilan duit dalam negara kita.